Monday, January 10, 2011

 PENGERTIAN 


 Sunat Ada’ad ialah amalan sunat dalam sunat yang jika ditinggalkan , tertinggal atau tidak dilakukan dikehendaki melakukan sujud sahwi .
· Sunat Hai’at ialah amalan sunat dalam solat yang jika ditinggalkan , tertinggal atau tidak dilakukan tidak dikehendaki melakukan sujud sahwi .
b. Membaca Tahiyyat awal
c. Membaca ( ) pada tahiyyat akhir .

BACAAN KETIKA SUJUD SAHWI
► ( ) maksudnya : maha suci Allah tidak tidur dan tidak lupa
► Hendaklah dibaca tiga kali .




 PERKARA-PERKARA SUNAT Hai’at


a. Mengangkat kedua-kedua tangan ketika Takbiratul ihram

b. Mengangkat kedua-dua tangan ketika hendak rukuk, iktidal dan bangun dari tahiyyat awa
c. Meletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika berdiri membaca Fatihah dan surah
e. Membaca amin selepas fatihah
f. Membaca ( sebelum membaca Fatihah)
g. Membaca surah atau ayat Al Quran selepas membaca Fatihah pada rakaat pertama dan kedua
h. Menyaringkan bacaan Fatihah pada solat Isyak, maghrib dan subuh
i. Membaca Allahuakbar ketika rukuk, sujud dan bangun daripada sujud
j. Membaca ( ) ketika iktidal dan membaca ( ) ketika takbir sesudah rukuk
k. Membaca tasbih tiga kali ketika rukuk
l. Membaca tasbih tiga kali ketika sujud
m. Membaca ( ) ketika duduk antara dua sujud .
n. Duduk iftirash dan duduk tawarruk .

d. Membaca doa iftitah

a. Membaca doa Qunut ketika solat Subuh

Saturday, January 8, 2011

zalim

Definisi Zalim.

 Zalim berasal dari Bahas Arab. Sifat ini termasuk salah satu sifat yang dikutuk oleh Allah dan Rasul-Nya serta dikecam oleh seluruh umat manusia di dunia. Sifat ini berakibat menjatuhkan martabat diri sendiri dan merugikan orang lain.

Sifat zalim / aniaya dapat berupa bentuk
 
a. Zalim kepada Allah yaitu tidak mau mengikuti perintah dan menjauhi larangan Allah

b. Zalim kepada orang lain yaitu memperkosa kehormatan atau harta benda atau berbuat semena-mena kepada orang lain
c. Zalim kepada binatang, artinya memperlakukan binatang secara tidak islami, dengan jalan mengurung, menyembelih dengan pisau tumpul dan sebagainya

Dalam hadis, Allah dan Rasulnya mengharamkan perbuatan aniaya sebab sifat tersebut cenderung kea rah kerusakan di bumi. Seorang yang melakukan pengrusakan lauran, tanaman, pencemaran air, udara dan lingkungan dapat dikategorikan sebagai tindakan zalim (aniaya) karena dari pengrusakan hutan akan mengakibatkan erosi dan banjir besar yang mencelakakan alam dan umat manusia. 

Friday, January 7, 2011

syukur

A. Pengertian dan Definisi Syukur Nikmat
Arti syukur adalah berterima kasih, dan nikmat adalah memiliki arti enak, sedap, lezat, karunia, anugrah, dsb. Keduanya sama-sama berasal dari bahasa arab. Syukur nikmat adalah berarti berterimakasih atas suatu anugerah atau pemberian. Dalam hal ini nikmat datang dari Tuhan YME yaitu Allah SWT.
B. Macam / Jenis Nikmat
1. Nikmat Jasmani / Fisik
Nikmat fisik adalah suatu kenikmatan yang dirasakan oleh tubuh kita. Contohnya seperti nikmat sehat, nikmat makanan dan minuman, nikmat bersetubuh, nikmat angin sepoi-sepoi, dan lain-lain.

2. Nikmat Rohani / Mental
Nikmat rohani adalah nikmat yang dirasakan oleh roh atau jiwa kita. Contoh nikmat jiwa yakni nikmat ilmu pengetahuan, nikmat akal pikiran, nikmat perasaan, dan lain sebagainya.

C. Contoh Perilaku Bersyukur Kepada Tuhan Allah SWT
1. Bersyukur dengan Hati dan Perasaan
- Menghindari perilaku buruk yang dibenci manusia dan Allah SWT
- Selalu ingat kepada Allah SWT dan juga mengingat mati.
- Memiliki perasaan cinta kepada Allah SWT dan Rasulnya


2. Beryukur dengan Mulut / Ucapan
- Terbiasa Membaca Al-Quran atau tadarus
- Menyebarkan dan mengajarkan ilmu yang dimiliki
- Selalu ingat Allah dengan berzikir di manapun dan kapanpun kita berada
- Senantiasa berdoa kepada Allah

3. Bersyukur dengan Amal Perbuatan
- Melakukan ibadah sholat lima waktu
- Melaksanakan ibadah puasa wajib dan sunat
- Berperang dan berjihad di jalan Allah SWT
- Belajar dan mengajarkan ilmu yang telah didapat
- Tolong-menolong sesama manusia


4. Bersyukur dengan Harta Benda
- Membantu orang-orang yang membutuhkan pertolongan finansial
- Menabung di bank syariah yang jauh dari praktek riba
- Membangun mushala, masjid, sekolah, jembatan, dan sebagainya
- Menyumbang dana untuk membiayai perang jihad

Thursday, January 6, 2011

Waktu-waktu yang diharamkan solat

Pernah suatu ketika ingin pulang ke rumah, saya menahan satu teksi, sambil memberikan salam kepada rakan yang masih menunggu bas untuk pulang.Tidak beberapa lama, pemandu teksi itu menyuruh saya duduk ke hadapan kerana ingin bertanyakan soalan.Pelik!!! orang arab nak tanya aku soalan??? ..Diringkaskan cerita,sebenarnya dia ingin bertanyakan tentang waktu haram solat.

Baru-baru ini juga, seorang rakan dari Malaysia bertanyakan soalan yang hampir sama iaitu bolehkan solat hajat selepas solat subuh??,memandangkan perkara ini dilakukan di kampungnya.

Perkara ini pernah disebutkan di dalam hadis :


عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة 

بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad


Waktu-waktu yang diharamkan solat

Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan

Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu
1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)

Kadar tombak adalah 4 darjah
Satu darjah bersamaan 4 minit

2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.

Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit
Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit

3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.


Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari
Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang limaterbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya
.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada' solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sebab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Mad Badal( اﻟﺒﺪل )


Ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam
satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun
selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah 
kerana asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam 
satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan 
Hamzah kedua berbaris Sukun (mati)
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut 
baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. 
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di atas, huruf Hamzah 
kedua ditukar menjadi huruf Alif( ا )seperti:( ﺁﻣﻨﻮا )kerana 
 . ( ءأﻣﻨﻮا )asalnya
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf 
Hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf Ya' seperti:( إﻳﻤﺎﻧﺎ
)kerana asalnya( إﺋﻤﺎﻧﺎ ). Sekiranya huruf Hamzah pertama 
berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi 
huruf Wau( و )seperti:( أوﺗﻮا )kerana asalnya( أؤﺗﻮا ). 
Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat 
seperti Mad Tabi'i. 


contoh :





Wednesday, January 5, 2011

Solat Terawih

Solat Sunat Tarawih adalah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa Bulan Ramadan.




- Tarawih ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat  tarawih adalah sebagai majaz.
- Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat.
- Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.






Tarawih dikerjakan setelah sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.


-Dalil-

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

-Hukum-

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah


-Cara Solat Tarawih-

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.


Monday, January 3, 2011

Perkara Sam'iyat

Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis.
Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” - surah al baqarah
Contoh2 perkara sam’iyat:
1. Alam Barzah - alam kubur
2. Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah


Artikel tentang Gambaran Alam Kubur ini diharapkan dapat meningkatkan ketakwaan kita.

Saturday, January 1, 2011

Belajar Bahasa Arab ^_^


Mari kite belajar name-name anggota badan kita dalam bahasa arab. Ade nyanyi - nyanyi lg tau. Murid bole nyanyi same - same dengan kawan - kawan . :)



Ha, yang ni pulak kita akan belajar beberapa perkataan bahasa arab. Ha,boleh lah murid - murid tambah pengetahuan lagi. :)