Thursday, January 6, 2011

Mad Badal( اﻟﺒﺪل )


Ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam
satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun
selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah 
kerana asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam 
satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan 
Hamzah kedua berbaris Sukun (mati)
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut 
baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. 
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di atas, huruf Hamzah 
kedua ditukar menjadi huruf Alif( ا )seperti:( ﺁﻣﻨﻮا )kerana 
 . ( ءأﻣﻨﻮا )asalnya
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf 
Hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf Ya' seperti:( إﻳﻤﺎﻧﺎ
)kerana asalnya( إﺋﻤﺎﻧﺎ ). Sekiranya huruf Hamzah pertama 
berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi 
huruf Wau( و )seperti:( أوﺗﻮا )kerana asalnya( أؤﺗﻮا ). 
Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat 
seperti Mad Tabi'i. 


contoh :





No comments:

Post a Comment